Pages

Menu Diet Hari Ini

Loading...

Sepatah kata

Assalamualaikum dan hai ..

Sebenarnya blog ini di tubuhkan hanya untuk di jadikan rujukan sendiri sahaja. Kebanyakkan menu di ambil dari group facebook " Kelab Diet Atkins Malaysia ". Terima kasih di ucapkan kepada mereka yang berkongsi menu dan tahniah di ucapkan buat mereka yang telah pun berjaya meurunkan berat badan.

Selain itu saya sendiri akan kongsikan pengalaman diet dan tips - tips kurus yang boleh di amalkan oleh anda di luar sana.

Bagi mereka yang ingin dan baru bermula , marilah sama-sama join group " Kelab Diet Atkins Malaysia " di facebook.

Terima kasih daun keladi ,
Semogga diet kita menjadi.

Saturday, 17 October 2015

Tips Diet Atkins : Minum air kosong mengikut berat badan.

Didalam diet atkins , kita di sarankan meminum cukup air kosong dan menghindarkan atau tidak mengambil minuman bergula walaupun sedikit. Sukatan air kosong yang sesuai adalah mengikut berat badan anda sendiri. Setiap berat badan 25kg memerlukan 1 liter air kosong. Untuk memudahkan anda mengamalkan minum air kosong , anda sediakan lah botol air yang sesuai. Jika botol air tersebut boleh memuatkan 3 liter air , anda hanya perlu minum sehingga habis. Maka sempurna lah diet anda. 




Bukan semua orang tahu akan kepentingan air kepada manusia.Manusia mampu bertahan tanpa makanan selama 30 hari,tetapi dengan kekurangan air selama tiga hari sahaja, ia boleh membawa maut . 

Manusia memerlukan air kerna kebaikanya, ia amat penting bg memastikan tubuh seseorang itu dapat berfungsi dgn baik . Jangan hanya minum kerana dahaga,amalkan meminum air kosong selalu kerana anda akan dapat melihat hasilnya dalam masa beberapa bulan. Bukan sahaja tubuh lebih bertenaga,bahkan kesihatan anda juga terjamin. 

Pentingnya air.

 Air amat penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih terpelihara dan jantung befungsi secara berkesan. 

Air berfungsi untuk membawa keluar semua toksin yang ada dalam tubuh manusia. Air baik untuk sendi.

 Manusia memerlukan paling kurang tiga liter air setiap hari. Minum air dalam kuantiti yang banyak tidak membawa kesan yang buruk kepada kesihatan manusia. 

Amalan meminum air akan membawa keluar segala kekotoran dalam tubuh manusia. Air kosong amat menyihatkan kerana tidak mengandungi kalori,gula,atau lemak. 

Minum banyak air dapat menyembuhkan penyakit yang berkaitan dengan ginjal. 

Sihatnya ! Berdiet dengan air 

 Bagi anda yang sedang berdiet, meminum air kosong adalah lebih baik berbanding pengambilan minuman untuk menguruskan badan atau minuman rendah kalori yang terdapat di pasaran 

Minumlah dua atau tiga gelas air hangat sebelum makan kerana ia akan mengenyangkan perut,sekaligus membantu anda mengurangkan pengambilan makanan. 

Minumlah lapan gelas air kosong dalam sehari bagi memastikan anda sentiasa sihat dan bertenaga. 

Air kosong yang paling baik adalah air yang tidak terlalu panas atau tidak terlalu sejuk. 

Menurut kajian yang dijalankan,ramai orang yang mahu sihat tetapi tidak mengamalkan meminum air kosong malah lebih rajin mengambil minuman seperti kopi,teh dan minuman berkarbonat. 

Tahukah anda,minuman ringan atau bergula tidak dapat menandingi khasiat yang terdapat didalam air kosong? 

Sari buah-buahan juga tidak mampu membersihkan kotoran dalam badan anda sehebat air kosong. . 

Resepi kek coklat atkins

Diet atkins tak boleh makan tepung. Tetapi masih boleh merasa kek coklat ni. Jom cuba.



Bahan - bahan nya

coco powder 3 sudu
baking soda ( hujung camca )
3 biji telur , di pukul sehingga kembang.

cara -caranya

2 keping cheddar cheese di campur dengan stevia 5-6 titik masak dengan serbuk koko tadi , kacau sehingga likat. Kemudian kukus sehingga 20 minit. 

dah siap.